Masih Belajar, Nenek Mualaf 85 Tahun Suka Dengar Azan Dan Solat Jemaah Di Masjid


Masih Belajar, Nenek Mualaf 85 Tahun Suka Dengar Azan Dan  Solat Jemaah Di Masjid

Memilih menjadi seorang Muslim di usia emas merupakan salah satu nikmat yang dikurnaikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang terpilih.

KIsah pengislaman yang menarik

Hal ini samalah seperti kisah seorang nenek berusia 85 tahun yang memeluk Islam baru-baru ini dan sedang gigih belajar agama walaupun diusia emas.

Kisah Mariam Revert pernah tular sebelum ini dan perjalanan kehidupannya sebagai seorang Muslim dapat diperhatikan menerusi akuan Instagramnya iaitu Mariam_Revert.

Video Player
00:00
01:44

 

Gemar dengar laungan azan

Dalam perkongsian yang terbaru mengenainya, pengendali akaun Instagramnya memaklumkan bahawa Mariam amat gemar datang ke masjid dan mendengar laungan azan.

Suka hadiri solat berjemaah

Dia juga gemar menghadiri solat secara berjemaah di masjid walaupun berada di usia emas. Walaupun perkongsian di Instagram tersebut lebih kepada menguar-uarkan kempen dalam persatuan yang membimbingnya, namun tetap dapat kita lihat perjalanan kehidupan Mariam selepas memeluk Islam.

Video Player
00:00
00:11

 

Perkongsian tersebut turut membolehkan kita melihat gambar terbaru wanita itu yang lengkap berhijab serta kehidupannya yang sedang mendalami Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Sumber : Mariam_revert