“Dah C3rai Pun Saya Masih Beri Nafkah Pada Bekas Suami”


Baru-baru ini, bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin ada memuat naik status meluahkan rasa kec3wa apabila netizen menyenaraikan bek4s suaminya antara lelaki cur4ng.

Bagaimanapun, susulan perkongsian itu ada yang mendakwa Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi g1la t4lak dan mahu menarik perhatian bek4s suaminya semula.

Namun, Erin menafikan dakw4an tersebut sebaliknya dia hanya menyantuni bek4s suami dan keluarga ipar. Erin mendedahkan dia masih memberi nafkah kepada bekas suami meskipun sudah berc3rai.

“Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, g1la tal4k. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya.

“Pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cer4i pun saya masih beri nafkah pada bek4s suami saya bila dia perlu duit,” katanya.

Menyifatkan dirinya seorang tidak pandai berd3ndam, Erin turut memuat naik bukti perbualannya bersama bek4s suaminya sebelum Da’i Farhan yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu berc3rai pada April tahun lalu.